Friday, January 4, 2019

merokok membunuh!

aku percaya korang yang baca post aku ni sedia maklum yang merokok ni mengabehkan boreh dan tak de manfaat dalam hidup.
usahah sia siakan hidup anda! 



breast engorgement!

Assalamualaikum wbt πŸ˜„ hai !
so jumpa lagi la. sorry lama tak menaip .
almaklumlah bz tak sudah kononnya!
oklah , aku ni fully breastfeed (bf) untuk kedua dua anak aku .
memang kat tempat kerja aku konsistem pam.
sekali pagi dan sekali petang.
nak di jadikan cerita,
satu hari tu on the way balik kampung, aku dah start rasa
breast aku berdenyut, tapi aku buat tak tahu lah
sebab perjalanan jauh dan anak aku masih tidur,
jadi aku abaikan je.
lepas tu jam 8 berhenti r&r , terus ambil adik untuk bf.
tapi still rasa sakit dan berdenyut.
lepas tu amik abang pulak untuk bf, pun sama tak reda jugak
sakit ni.
lepas dari tu, terus aku tak tertahan sakit.
kalau bagi painscore than sakit aku tu 7/10 .
terus aku migrain dan demam panas.
aku menangis-nangis.
encik suami dah pelik dah kenapa isteri beliau jadi beginiπŸ˜‚
berhenti r&r lagi sekali, order air panas bungkus, untuk tuam
breast aku. makan panadol sebiji. hampir sejam lepas tu pun tak
okay jugak. disebabkan terlampau sakit, aku pun tertidur.
sampai saja kampung halaman, aku terus masuk bilik , baring
dan tertidur. terjaga semula, mandi makan ubat, tidur semula.
esok tu pergi kecemasan, tapi dah 2 jam menungu , badan sakit
breast pun tak selesa, balik rumah, makan panadol rehat.
malam tu pergi GP. bila nurse cek, memang ada ketulan
keras dan besar.memang kawasan breast tu engorge dan merah.,
so doktor suruh aku complete kan antibiotik dan makan
panadol untuk kurangkan sakit.
dia pun berpesan jugak la kat encik suami tengok tengokkan aku
sebab aku memang mudah pening dan boleh pengsan disebabkan
tekanan darah aku yang rendah.
anyway lepas seminggu alhamdulilah bengkak pun surut dan aku
pun boleh tersenyum kembali!

ana farnalicious

Tuesday, October 2, 2018

aku yang mandul

cerpen : aku yang mandul.

"isteri aku mandul lah bai , lama dah kahwin tak mengandung-ngandung lagi !
sampai bila aku nak tunggu bai?????
ahhh aku dah bosan , aku dah berkenan dengan sorang perempuan ni, cantik muda bergetah! aku yakin dia boleh bagi aku anak!"

"eh ko ni mael! dah tu bini kau nak letak mana?"

"biarlah bai, dia pun kerja bagus, aku tengok boleh je jaga diri dia. gaji pun banyak. semua boleh buat sendiri. tapi apa gunanya semua tu kalau tak mampu bagi aku anak bai!"

"mengucap aku dengar apa ko cakap ni mail. ni mail, aku nak tanya kau ni. kamu berdua ada buat check up ke tak?"

"check up? ish . tak nak aku. nak jumpa doktor bagai, segan lah aku ! memng aku confident bini aku tu bermasalah bai!"

"amboi kau ni mael, tak baik memfitnah isteri kau , si leha tu. elok kau check up dulu , kalau ternyata dia mandul, boleh bincang elok elok. tapi kalau kau yang mandul lepas tu kau sibuk nak cari bini baru, kau ni memang memalukan kaum lelaki mael oiii ! elok kau dengar cakap aku ni !"

-------------------

3 bulan kemudian , mael pun berkunjung ke rumah bai waktu petang sambil minum kopi dan makan goreng pisang panas. nampak suram je muka mael.

----------------

"hai mael, kau dah kenapa?  apa cerita check up hari tu?"

"betul cakap kau bai. aku mandul bai. aku malu bai. aku berdosa besar bai dengan bini aku. ada ke patut aku suka hati je nak kawen dengan rosmah yang muda, cantik bergetah tu sebab aku fitnah si leha tu mandul. aku malu bai. aku tak sanggup kalau leha tinggalkan aku bai. aku takut bai. tolong aku bai. aku sayang bini aku bai."

teresak esak mengangis mael di depan kawan baiknya , bai dan rosmah. nampak riak kekesalan yang terpancar pada wajahnya .

bai pun tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, lalu bertanya pada mel ,apa yang dikatakan oleh doktor.

lalu mael pun bercerita panjang lebar, cerita semula apa yang dikatakan oleh doktor .

"aku dah cek dah bai dengan doktor tu, dia cek si leha sihat je. sistem peranakan dia semua tip top. ovum dia pun ok . alaa ovum yang bercantum dengsn sperma untuk jadi anak dalam rahim tu bai! aku ni , depa ambil air mani aku, bila tengok ujian sperma aku sikit je bai, tak berkualiti langsung! jadi,  yang aku faham doktor tu kata speema aku susah nak bercantum dengan ovum, itulah persenyawaan tak jadi. aku sedih bai. terasa kejantanan aku hilang sekejap. gelap dunia aku."

"tak apa la mael, nasib baik kau dengar cakap aku ni . kalau tak, kau kahwin 10 kali pun belum tentu dapat anak. bincang elok elok dengan leha, cubalah rawatan yang ditawarkan. kalau tak boleh jugak, ambillah anak angkat. kau kena banyak istighfae. ini lah ujian Allah untuk kau supaya tak alpa."

"baiklah bai. terima kasih bai , terima kasih rosmah , sudi dengar luahan hati aku ni . bini aku si leha tengah buat workshop mekap mary kay dengan geng geng dia. semenjak dia tahu aku mandul, dia sihat, aku tengok dia makin berseri-seri pulak! oklah mael, aku nak pergi ambil bini aku . aku gerak dulu.
Assalamualaikum bai!"

"Waalaikumussalam wbt mael."

THE END


karya ana farnalicious

jantina anak

saja nak bagi tahu korang, jantina anak ni datangnya dari lelaki okay 
nak cerita sains panjang lebar nanti korang tak faham. 
so kalau anak perempuan ramai sangat jangan nak salahkan isteri pulak, sebab speema lelaki yang akan menentukn anak korang tu laki ke perempuan okay! 
sudah sudahlah menyalahkan orang perempuan ye! 

ana farnalicious

anak breastfeed demam

anak anak kecik kita no, nak nak yang bawah 3 tahun kalau demam , lagi lagi kalau bf, allahu penat ya amat. manjanya nak melekat 24/7
mama tak boleh buat apa!
adik merengek rengek .
malam kena berjaga
pagi jadi zombi .

nanti saya sambung cara mudh menjaga anak demam yang korang pun mesti dah tahu !

ana farnalicious

Wednesday, August 15, 2018

barang kecantikkan

tahu kenapa? sebab orang perrmpuan ni suka lada kecantikkan
dan barang kecantikkan ni sentiasa ada.
setiap minggu ada sales
gaji pun sale
tengah kering pun sanggup berhabis sebab sale punya pasal!
betul kan?
aku ni tak lah flawless mana pun tapi apa salahnya berkongsi rahsia penjagaan wajah yang tak berapa rahsia ni kan?
haha okay stay tuned 🀣

ana farnalicious

saya suka dan saya tulis

menarikkan tajuk post aku ni .
iya aku suka dan aku tulis.
entah bila dan kenapa, biarlah menjadi persoalan dan jawapannya dalam post post akan datang.
 just be happy and stay positive .

ana farnalicious
sweet nice and positive 😍