Tuesday, October 2, 2018

aku yang mandul

cerpen : aku yang mandul.

"isteri aku mandul lah bai , lama dah kahwin tak mengandung-ngandung lagi !
sampai bila aku nak tunggu bai?????
ahhh aku dah bosan , aku dah berkenan dengan sorang perempuan ni, cantik muda bergetah! aku yakin dia boleh bagi aku anak!"

"eh ko ni mael! dah tu bini kau nak letak mana?"

"biarlah bai, dia pun kerja bagus, aku tengok boleh je jaga diri dia. gaji pun banyak. semua boleh buat sendiri. tapi apa gunanya semua tu kalau tak mampu bagi aku anak bai!"

"mengucap aku dengar apa ko cakap ni mail. ni mail, aku nak tanya kau ni. kamu berdua ada buat check up ke tak?"

"check up? ish . tak nak aku. nak jumpa doktor bagai, segan lah aku ! memng aku confident bini aku tu bermasalah bai!"

"amboi kau ni mael, tak baik memfitnah isteri kau , si leha tu. elok kau check up dulu , kalau ternyata dia mandul, boleh bincang elok elok. tapi kalau kau yang mandul lepas tu kau sibuk nak cari bini baru, kau ni memang memalukan kaum lelaki mael oiii ! elok kau dengar cakap aku ni !"

-------------------

3 bulan kemudian , mael pun berkunjung ke rumah bai waktu petang sambil minum kopi dan makan goreng pisang panas. nampak suram je muka mael.

----------------

"hai mael, kau dah kenapa?  apa cerita check up hari tu?"

"betul cakap kau bai. aku mandul bai. aku malu bai. aku berdosa besar bai dengan bini aku. ada ke patut aku suka hati je nak kawen dengan rosmah yang muda, cantik bergetah tu sebab aku fitnah si leha tu mandul. aku malu bai. aku tak sanggup kalau leha tinggalkan aku bai. aku takut bai. tolong aku bai. aku sayang bini aku bai."

teresak esak mengangis mael di depan kawan baiknya , bai dan rosmah. nampak riak kekesalan yang terpancar pada wajahnya .

bai pun tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, lalu bertanya pada mel ,apa yang dikatakan oleh doktor.

lalu mael pun bercerita panjang lebar, cerita semula apa yang dikatakan oleh doktor .

"aku dah cek dah bai dengan doktor tu, dia cek si leha sihat je. sistem peranakan dia semua tip top. ovum dia pun ok . alaa ovum yang bercantum dengsn sperma untuk jadi anak dalam rahim tu bai! aku ni , depa ambil air mani aku, bila tengok ujian sperma aku sikit je bai, tak berkualiti langsung! jadi,  yang aku faham doktor tu kata speema aku susah nak bercantum dengan ovum, itulah persenyawaan tak jadi. aku sedih bai. terasa kejantanan aku hilang sekejap. gelap dunia aku."

"tak apa la mael, nasib baik kau dengar cakap aku ni . kalau tak, kau kahwin 10 kali pun belum tentu dapat anak. bincang elok elok dengan leha, cubalah rawatan yang ditawarkan. kalau tak boleh jugak, ambillah anak angkat. kau kena banyak istighfae. ini lah ujian Allah untuk kau supaya tak alpa."

"baiklah bai. terima kasih bai , terima kasih rosmah , sudi dengar luahan hati aku ni . bini aku si leha tengah buat workshop mekap mary kay dengan geng geng dia. semenjak dia tahu aku mandul, dia sihat, aku tengok dia makin berseri-seri pulak! oklah mael, aku nak pergi ambil bini aku . aku gerak dulu.
Assalamualaikum bai!"

"Waalaikumussalam wbt mael."

THE END


karya ana farnalicious

No comments:

Post a Comment